Anda ingin mengunjungi laman
Wednesday, 15 August 2012
Tuesday, 14 August 2012
Sekolah-sekolah perintis
Bilangan sekolah: 10 buah
6 Sekolah Rendah dan 4 Sekolah Menengah di bandar dan di luar Bandar:
1. Pulau Pinang (SM)
2. Johor (SM)
3. Kelantan (SM)
4. Sabah (SM)
5. WP KL (SR )
6. NS – (SJKT)
7. Melaka - (SJKC)
8. Pahang - (SR)
9. Sarawak - (SR)
10. Terengganu - (SR)
Lagu Program
The i-Think Song
(sing to the tune of Mulberry Bush)
This is the way to Thinking School
To Thinking School, To Thinking School
Inilah cara ke Thinking School,
Learn the i-Think way
This is the way we do our thinking,
We do our thinking, we do our thinking,
Inilah cara kami berfikir,
With thinking processes.
DEFINE, DESCRIBE, COMPARE &
CONTRAST, PART-WHOLE,
CLASSIFY, CAUSE & EFFECT,
SEQUENCE & SEEING ANALOGIES.
BUBBLE…., DOUBLE-BUBBLE MAP,
BRACE MAP, BRIDGE MAP,
FLOW…..MULTI –FLOW MAP,
TREE & CIRCLE MAP.
This is the way we love to learn,
We love to learn, we love to learn,
Cara begini kami suka,
Using the thinking maps.
Senikata : Pn Faridah Then bt Abdullah. Guru Penolong di S.K.Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Lagu Tune of Mulberry Bush boleh diklik di sini..Bolehlah cuba menyanyikan lagu i-Think ini dengan diiringi alunan muzik. Selamat mencuba!
"Apabila anda seronok,anda akan belajar lebih lagi dan memberi lebih penumpuan"
-Dr. Martin Bell -
Headteacher Burraton Primary School, United Kingdom.
Disinilah PENAWAR HATI anda...
Jom kita berselawat!!!
Penawar Hati 1 : Selawat Dawam
Penawar Hati 2 : Selawat Syifa
Penawar Hati 3 : Selawat Terapi Jiwa oleh UNIC
Adakah Anda Tertekan???
Klik video ini kalau stress!!!
Jangan gelak bila tengok video ni ye, senyum je boleh k...
Monday, 13 August 2012
Jenis-jenis thinking maps
Terdapat 6 jenis Thinking maps seperti yang berikut:
Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut..
Click this tutorial
Stress Bermaksud.... (Bridge Map)
click to enlarge |
download in 4shared
KITA STRESS???
Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang peerubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang.
Stress tidak kenal mangsa : Kanak-kanak atau orang dewasa boleh stress....
Tanda Serta Kesan Apabila Berlakunya Burn Out - (Multi Flow Map)
click to enlarge |
..Paling Ditakuti-->BURN OUT!!..
Menurut Profesor Dr Mohamad Hussain Habil,
Ketua Bahagian Psikiatri dari
Universiti Malaya Specialist Centre,
Burn Out merujuk kepada gangguan emosi,mental dan fizikal yang disebabkan stress yang
berlebihan & berpanjangan.
TANDA-TANDA SESEORANG ALAMI BURN OUT :
* Hilang minat dengan pekerjaan yang dilakukan dan produktiviti kerja menurun secara
drastik ataupun perlahan-lahan.
* Tiada apa pun yang mampu memberi motivasi untuk datang ke tempat kerja
* Sering merasa putus asa,kesal,tiada tenaga dan tidak dihargai langsung oleh orang sekeliling
mahupun pihak majikan
* Tiada lagi minat,keceriaan dan keikhlasan untuk datang ke tempat kerja &
hanya datang kerja
hanya datang kerja
kerana merasa terpaksa untuk bekerja & untuk mendapat gaji semata-mata
* Kerap mengambil cuti sakit/cuti kecemasan walau tidak sakit!
* Merasakan setiap harinya amat buruk & majoriti hari yang dilalui hanya berfikir tentang
perkara negatif
* Datang bekerja namun fikiran jauh melayang ke tempat lain
* Kerap menangguh pekerjaan & cuba mengelak dari
tanggungjawab yang diberi dengan
memberi pelbagai alasan & sentiasa memberi
tugasan kepada oranglain
tugasan kepada oranglain
* Agresif,cepat marah dan sensitif
* Personaliti tidak terurus & tidak berminat dengan
aktiviti sosial
* Mudah mendapat sakit seperti selsema,sakit kepala
dll
dll
* Meninggalkan tempat kerja awal dan sering datang
lambat
* Mengguna ubat-ubatan/alkohol untuk melegakan
tekanan yang dihadapi
* Peringkat terakhir & paling kronik , mungkin sampai tahap berhenti kerja atau
lebih buruk lagi diberhentikan kerja!!!
Andai ada gejala-gejala di atas pada diri kita...
berwaspadalah!
berwaspadalah!
Tindak Balas Tubuh Badan Terhadap Tekanan Emosi - (Flow Map)
click to enlarge |
download in 4shared
TEKANAN (STRESS) PEMBUNUH SENYAP!!!
Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.
Kajian
Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.
Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, kesannya paling rendah.
Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Kanada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini.
Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat dikawal, H pylori (sejenis bakteria) tidak menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalamnya), apabila marah atau menghadapi tekanan, dinding perut berkilat, menyebabkan seolah-olah terbakar dan asid hidrokldrik, komponen jus gastrik memancut keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keadaan tertekan. Ia mengganggu perut.
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): “Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan.”
click to enlarge |
Sunday, 12 August 2012
..generasi i think..
Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.
Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?
1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar
pada tahun 2012.
pada tahun 2012.
3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat
pada tahun 2013.
pada tahun 2013.
4. Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan
kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan
termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.
kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan
termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.
Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?
· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan
dan aktif di dalam kelas.
dan aktif di dalam kelas.
· Aktiviti banyak berpusatkan murid.
· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan
pengajaran.
· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
sebagai fasilitator.
Klik Program Pelancaran Program i-Think
Subscribe to:
Posts (Atom)