Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.
Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?
1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar
pada tahun 2012.
pada tahun 2012.
3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat
pada tahun 2013.
pada tahun 2013.
4. Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan
kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan
termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.
kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan
termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.
Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?
· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan
dan aktif di dalam kelas.
dan aktif di dalam kelas.
· Aktiviti banyak berpusatkan murid.
· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan
pengajaran.
· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
sebagai fasilitator.
Klik Program Pelancaran Program i-Think
No comments:
Post a Comment