Monday, 13 August 2012

Tanda Serta Kesan Apabila Berlakunya Burn Out - (Multi Flow Map)

click to enlarge







..Paling Ditakuti-->BURN OUT!!..





Menurut Profesor Dr Mohamad Hussain Habil,
Ketua Bahagian Psikiatri dari 
Universiti Malaya Specialist Centre,
Burn Out merujuk kepada gangguan emosi,mental dan fizikal yang disebabkan stress yang 
berlebihan & berpanjangan.








TANDA-TANDA  SESEORANG ALAMI BURN OUT  :

  *  Hilang minat dengan pekerjaan yang dilakukan dan produktiviti kerja menurun secara 
      drastik ataupun perlahan-lahan.
*  Tiada apa pun yang mampu memberi motivasi untuk datang ke tempat kerja
*  Sering merasa putus asa,kesal,tiada tenaga dan tidak dihargai langsung oleh orang sekeliling 
    mahupun pihak majikan
*  Tiada lagi minat,keceriaan dan keikhlasan untuk datang ke tempat kerja &
    hanya datang kerja
    kerana merasa terpaksa untuk bekerja & untuk mendapat gaji semata-mata
*  Kerap mengambil cuti sakit/cuti kecemasan walau tidak sakit!
*  Merasakan setiap harinya amat buruk & majoriti hari yang dilalui hanya berfikir tentang 
    perkara negatif

*  Datang bekerja namun fikiran jauh melayang ke tempat lain

 *  Kerap menangguh pekerjaan & cuba mengelak dari  
    tanggungjawab yang diberi dengan 
    memberi pelbagai alasan  & sentiasa memberi 
    tugasan kepada oranglain
*  Agresif,cepat marah dan sensitif
*  Personaliti tidak terurus & tidak berminat  dengan 
    aktiviti sosial 

*  Mudah mendapat sakit seperti selsema,sakit kepala 
    dll

*  Meninggalkan tempat kerja awal dan sering datang 
    lambat

*  Mengguna ubat-ubatan/alkohol  untuk melegakan 
    tekanan yang dihadapi
*  Peringkat terakhir & paling kronik , mungkin sampai tahap berhenti kerja atau 
    lebih buruk lagi diberhentikan kerja!!!


Andai ada gejala-gejala di atas pada diri kita...
berwaspadalah!



 

'Hilang semangat' Ramai guru letak jawatan

 

Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman, di enam buah sekolah di Selangor mendapati 41.5 perartus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu bersara awal.  Read more...

  Rujukan : Utusan Online (1999)

 


No comments:

Post a Comment