Monday, 13 August 2012

Tindak Balas Tubuh Badan Terhadap Tekanan Emosi - (Flow Map)

click to enlarge
download in 4shared






TEKANAN (STRESS) PEMBUNUH SENYAP!!!


Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

Kajian

Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.
Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, kesannya paling rendah.

Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Kanada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini.

Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat dikawal, H pylori (sejenis bakteria) tidak menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalamnya), apabila marah atau menghadapi tekanan, dinding perut berkilat, menyebabkan seolah-olah terbakar dan asid hidrokldrik, komponen jus gastrik memancut keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keadaan tertekan. Ia mengganggu perut.
 
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): “Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan.”
 
 
click to enlarge
 
 
 

MyHEALTH : Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stress 

  

 

 

No comments:

Post a Comment