Monday 13 August 2012

Punca Stress - (Brace Map)

click to enlarge
download in 4shared





STRESS : Bermulanya di sini......

 

Menurut Mohd Sazali Noordin (1997), dalam kajiannya mengatakan bahawa Pada tahun 1995 tidak kurang daripada 10 kejadian yang melibatkan guru mendera pelajar yang disiarkan oleh media massa. Di antaranya seorang murid ditampar dan ditumbuk oleh guru. Kesannya murid yang berkenaan cedera di bahu, di kepala, pening kepala dan sakit badan (Berita Harian, 26 Julai 1995). Kemudian diikuti pula dengan berita 15 orang pelajar tingkatan dua terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tangan mereka berdarah disebat oleh guru Matematik kerana pencapaian dalam mata pelajaran Matematik terlalu lemah (Utusan Malaysia, 17 September 1995). 

       Satu lagi berita mengenai seorang palajar, Mohd Azrael lsmail sambilan tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat cedera teruk di kepala dipercayai dipukul dengan jam dinding oleh guru sekolahnya (Berita Harian, 10 Mei, 1996 : 12). Fenomina ini jelas menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada guru-guru yang berkenaan menghadapi stres kerja atau masalah lain, sukar untuk dipastikan kerana kajian-kajian yang lalu sebelum ini hanya tertumpu kepada kepuasan kerja guru Ghazali Othman (1979), Habsah Abdul Rauf (1986), Nor Azizah Mohd Salleh (1993).   Read more....



No comments:

Post a Comment